Hello World

7b8b28f33a196927a3f6415be5572b7b

Hello 2016. New year. New meDuhh~

Masa tengah mandi, terfikir banyak idea. Bila duduk depan laptop, otak jadi blank. Nampak burung duk pusing atas kepala (-_-)”

Hari pertama 2016 – Jumaat. Hari yang mulia. Bercadang nak buat kerja kebajikan. Volunteer kerja amal. Gila baiknya aku ni.

Teringat PERTIWI Soup Kitchen. Secara ringkasnya, Projek “PERTIWI Soup Kitchen” menyediakan bantuan bekalan makanan untuk orang gelandangan dan fakir miskin di sekitar Kuala Lumpur.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik link PERTIWI Soup Kitchen 😉


Pertama kali sertai PERTIWI Soup Kitchen. Ajak member, tapi ajakan ditolak tak berminat. Tak mengapalah, lain masa bertemu sama. Berdebar pergi solo. Aku seorang Introvert (INTJ). Rasa macam nak menyorok belakang langsir rumah je.

+-9 malam selamat tiba di sekitar Jalan TAR. Sementara menunggu Team Pertiwi, aku berbual kosong dengan seorang pakcik. Dia dan 2 anaknya pun tengah tunggu bekalan makanan Soup Kitchen. Lama menunggu Team Pertiwi. Hampir setengah jam. Call Mdm Munirah. Rupanya Team Pertiwi beroperasi di Jalan Medan Tuanku 2.

Buka Google Maps, lokasi tak jauh. Jalan kaki bersama pakcik dan 2 anaknya sampai ke bangunan lama. Sesat pulak. Buka Google Maps semula, lokasi makin jauh. Rupanya tersalah arah jalan. “Apakah neraka ini? (Translate: What the hell?)” – merungut dalam hati. Malas berjalan lalu naik teksi sekejap je sampai. Laju benar. Tak sempat nak tidur pun.

Perhentian Pertama: Jalan Medan Tuanku 2

Semua gambar di atas milik Raja Teh yang diambil dari Group FB: PERTIWI Soup Kitchen

Ramai kan? Kat luar pun ada ramai lagi yang menunggu giliran. Setiap ahli Team Pertiwi dah diberi tugasan: Bungkus makanan, monitor barisan, buat air minuman, jadi runner etc

Oh Dang~ Aku ni sangatlah pemalu. Rasa segan pula. Call Mdm Munirah tak dapat. Pertama kali datang, aku pun tak tahu nak buat apa. Teksi berhenti tengah jalan. Masa nak turun teksi, semua pandang kami. Malunya. Aku masuk tutup balik pintu teksi OMG HAHAHA~

Jam +- 9.45 malam. Sepatutnya datang pukul 9 malam @ Perhentian pertama. Dekat website Pertiwi, +-10 malam Team Pertiwi akan gerak ke Perhentian ke 2 di Kota Raya. Aku perhati para volunteer ramai membantu. Suasana sibuk tapi terkawal. Tolong sekejap rasa macam tak berbaloi. So~ aku terus gerak ke Kota Raya.

Perhentian kedua: Kota Raya

Semua gambar di atas milik Raja Teh yang diambil dari Group FB: PERTIWI Soup Kitchen

Tiba di Kota Raya +- 10 malam. Tapi Team Pertiwi tiba +- 10.45 malam. Ada sorang volunteer ni kata “Kami lambat sebab tadi sampai lambat kat Medan Tuanku, lebih kurang 9.40 baru start”. Aku. Speechless. Facepalm. *Rujuk perenggan atas.

Anyway, angkat pasang meja kemudian susun bungkusan makanan. Nak bagi bungkusan makanan pun wajib beradab. Bila berbicara harus lah lemah lembut penuh kesopanan dan kesusialaan.

Mereka yang menerima pun ada hati perasaan yang perlu dijaga. Tak boleh main campak je nasi kat muka mereka. Tapi so far, semuanya baik mengikut kata. Tiada datang berebut macam zombie kebuluran. Nak bawa anak kecil pun digalakkan. Ada je volunteer kat sini bawa anak juga.

+- 11.30 malam dah setel. Kalau ada makanan lebih, Team Pertiwi akan bawa baki lebihan ke tempat lain. Aku tak bawa motor, tak dapat nak ikut Team Pertiwi ke perhentian seterusnya. Balik rumah naik teksi kena RM 45 Sigh~

So that’s it. The end yay~

Moral of the story? Pengalaman? Perspektif hidup?

Well… Cubalah sertai Pertiwi Soup Kitchen. Rasai sendiri pengalaman dan terokai the other side of Kuala Lumpur di kala malam.

0103bfb9e8157fa4b80fe64da276d3c3.jpeg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s