Spartan Race 2017 – Sprint

97854482defd526a3e57ab22bfd1db58

download

Aku suka berlari. Cuma aku cepat rasa bosan kalau setakat berlari kosong. Haaa~ Tapi Reebok Spartan Race sangatlah berlainan.

Spartan Race adalah gabungan aktiviti larian merentas desa + sukan lasak. Berlari mendaki bukit sambil mencarut itu memang sudah pasti. Di setiap checkpoint ada “obstacles”, contohnya lompat terkangkang atas bara api, bergayut kat monkey bars, lontar lembing, panjat tembok tinggi ala Trump’s Border Wall, rope climb, berguling dalam lumpur dan banyak lagi wooo! Kalau tak berjaya lepas obstacles, pastilah kena denda penalti 30 burpees (Squat – Push up – Jump).

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Spartan Race Obstacles, boleh klik link Spartan Race


Pengenalan Spartan Race

spartan-race-malaysia-01

Spartan Race terbahagi kepada beberapa peringkat. Paling asas adalah Spartan Sprint, seterusnya Spartan Super dan diakhiri Spartan Beast. Kalau berjaya complete ketiga – tiga larian tersebut pada tahun yang sama, nama kita akan terpahat dalam laman web Spartan Race sebagai ahli kehormat Spartan Trifecta!

Semakin tinggi peringkat Spartan Race, semakin jauh jarak larian. Obstacles juga makin bertambah. Kalau masih lagi gilakan cabaran, peringkat Spartan Race seterusnya menantikan tangisan penyesalan anda.

Print
Journey to the Death Race

Pengalaman sertai Spartan Race 2017 – Sprint

my_6feb_gus_collab_v1

Spartan Race 2017 – Sprint berlangsung di Semenyih Eco Resort pada 12 March. Kat website tulis Spartan Sprint 5+ KM dan 15+ Obstacles. Tapi bila race day, sebenarnya +-9 KM dan ada 26 Obstacles hahaha dang~

Awalnya datang berempat, tapi masa on race kami berkenalan dengan 3 geng baru. Oh ya, hampir semua peserta / komuniti Spartan Race sangatlah friendly and supportive. Bila mana ada peserta ketakutan atau sudah lemah, mereka akan bagi sorakan dan tepuk tangan bagi galakan.

i) Pre-Race
Selepas mendaftar, aku dapat bungkusan race kit. Dalam bungkusan ada “timing chip”, headband dan pass Spartan Race. Aku and the gang sesi 9 pagi, jam pula baru +- 8.15 pagi. Jadi kami merayau – rayau tengok booth, mencari jodoh dan buat warm-up. Kat situ juga ada tiang praktis Monkey Bars dan hujung ada loceng. Aku tak sangka aku berjaya gayut and tendang loceng dengan bangganya. Believe in yourself Yeah~

ii) Early Game

  • Bila race bermula, aku jalan + jogging. Member kata kena simpan energy untuk Obstacles.
  • Obstacle pertama kena lompat wall +- 5 kaki, merangkak bawah wall dan lompat masuk ke bahagian tengah wall.
  • Kemudian lari mendaki bukit +- 15 minit. Masa ni aku bersemangat gila. Ramai peserta yang pancit penat masa daki bukit.
  • Panjat ladder berjaring. Mudah sahaja.
  • Angkat sandbag beratnya +- 7 kg rasanya. Kemudian bawa sandbag +- 100 meter. Sandbag perempuan ringan sedikit. Lecehnya bila ada peserta yang slow, so peserta yang lain kena que bergerak perlahan. Lenguh bahu weyh~
  • Kemudian panjat wall +- 6 kaki. Kalau tak tinggi, kena pijak badan member nak panjat wall.
  • Masuk sungai pegang tali sebab arus deras sedikit.
  • Mendaki bukit curam. Tali ada 3. Kena beratur panjang sebab rata – rata peserta slow. Peserta yang tak sabar macam aku, terus daki jalan berlumpur tak pakai tali. Hardcore betul hahahaha~
  • Akhirnya sampai Water & Aid Station yang pertama. Air kosong dan air energy tiger apa ntah staff bagi.

iii) Mid Game

  • Tarik tali di mana hujungnya ada sandbag. Kena tarik tali sampai sandbag tergantung kena loceng.
  • Panjat inverted wall. Aku ringan so mudah sahaja panjat.
  • Merangkak bawah barbed wire. Masa ni “traffic jammm”! Ada peserta penat tak mahu bergerak pula. Bila turn aku, laju saja merangkak tunjuk hebat.
  • Masuk kolam lumpur paras dada. Banyak juga “tanah selut”. Kotor muka baju berlumpur.
  • Rope climb. Aku memang tak tahu langsung teknik panjat tali. Kena denda penalti burpess 30x.
  • Angkat bola besi. Berat gila neraka! 3 orang angkat terkial kial. Aku respek betul peserta yang berjaya angkat seorang diri.
  • Lontar lembing ke patung. Lembing kena terpacak tak jatuh ke tanah. Ramai peserta tak lepas. Seorang member kata, dia dah 5x sertai Spartan Race, barulah dia berjaya lepas obstacle ni. Walao~
  • Water & Aid Station kedua. Haus gila. Berebut peserta ambil air.
  • Panjat wall +- 7 kaki.
  • Panjat wall gaya spiderman. Aku nak tunjuk hebat terus lompat, CRAKKK~ kaki cramp. Sigh~
  • Masuk keluar hutan. Jalan jauh merentasi ladang pokok getah.
  • Water & Aid Station terakhir. Sebelah booth ada berderet baldi. Kita kena isi baldi dengan batu sampai penuh. Kemudian angkat bawa jalan sejauh +- 50 meter.

iv) Late Game

  • Masuk kolam penuh air + lumpur. Ada papan kat bahagian atas, so kita kena menyelam nak melepasi papan.
  • Panjat ladder berjaring. Aku kalau sukan macam ni, laju The Flash sahaja.
  • Masuk sungai arus deras boleh hanyut kalau tak pegang tali. Bersih. Naik tebing sungai berlumpur. Kotor balik.
  • Berenang +- 100 meter kat dalam tasik. Aku tak reti berenang, so kena pakai life jacket terapung macam kanak kanak. Alahai~
  • Masuk sungai lagi. Kencing dalam sungai. PUAS.
  • Bergayut monkey bars, tapi malangnya licin basah. Aku jatuh terlentang depan orang ramai…
  • Panjat wall guna tali. Aku ni ringan. Bab panjat memanjat memang easy peasy.
  • Akhirnya lompat atas bara api beramai ramai bersama team. FINISH!

 

This slideshow requires JavaScript.

v) Post-Race
Ada gadis menanti di garisan penamat. Mereka pakaikan medal. Wew~ Ada staff bagi baju t-shirt spartan dan bagi air kotak coconut. Shower disediakan. Sangatlah lega bila dapat mandi time tengahari panas terik. Syok woo. Pakai baju spartan, bergambar and balik makan. The end.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s